4/12/10

Mayat Bayi Di Dalam Tong Sampah

copy/paste: ondscence.blogspot.com


Sg Choh
Hulu Selangor
11 April 2010
8 pagi

Kejam malah perbuatan yang lebih keji dari sifat seekor binatang.

Apa yang berlaku ini, bukan kali ke lima, kali ke 18, malah kali yang entah ke berapa berlaku.

Mereka yang melakukan ini bolehlah diklasifikasikan di bawah binatang tahap kelas pertama.

Itu belum lagi kes yang tidak diketahui dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Apa yang anda lihat ini, adalah realiti apa yang berlaku sekarang ini dan ia bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi berlaku di hadapan mata kita.

Bagi 3 pekerja sebuah syarikat mengangkut sampah, iaitu kontraktor kepada Majlis Daerah Hulu Selangor, rutin harian mereka sama sahaja.

Bagaimanapun , pagi ini sesuatu yang memeranjatkan, berlaku ketika mereka tiba berhampiran tempat membuang sampah berhampiran lampu isyarat Sg Choh.

Pemandu lori sampah, Mohd Kamil Enoh, 44 tahun, seperti biasa akan turut mengangkat tong sampang untuk dituangkan isinya ke dalam lori.

Bagaimanapun, entah mengapa, dia rasa sesuatu yang apabila terlihat satu bungkusan di atas timbunan sampah di dalam tong terbabit.

Lantas Mohd Kamil membuka bungkusan plastik yang di dalamnya terdapat sesuatu yang dibungkus pula dengan suratkhabar
.
Dia terlihat, kaki terkeluar dari bungkusan suratkhabar membuatkan Mohd kamil terkejut.

Dan dia terus membuka bungkusan itu yang akhirnya terbukti benar - mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan cukup sifatnya.

Bayi ini dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

Kesan darah turut ditemui pada tubuh badan bayi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi, masih belum dapat ditentukan samada bayi malang terbabit meninggal sebelum dilahirkan atau sebaliknya.

Bedah siasat di Hospital Kuala Kubu bahru akan menentukannya.


Hasil pemerhatian, bayi ini dipercayai berbangsa Melayu.

1 comments:

bofoyengfeng said...

memang keji si pelaku!

Post a Comment